Thursday, 15 December 2016

Resepi Garlicky Alfrefo Shrimp Baked

Ha... Semangkuk besar ku buat harini ingatkan tak abes rupanya lichinnnnn! 

Ramai pulak yang bertanyakan resepi.  Ok meh sini saya nk share resepi campak-campak siap.

Bahan A

1. Butter 3-4 sudu besar
2. Garlic 5-6 ulas chopped
3. Fresh parsley chopped (kalau tak jumpa beli je lah yg dried jenama meriah dalam packet)
4. Shrimp sebanyak yang korang suka.

Bahan B

1. Butter 5-6 sudu besar
2. Tepung gandum 3-4 sudu besar
3. Fresh milk 1gelas
4. Garam dan perasa
5. 1kiub ayam @ stok ayam
6. Pasta dalam 2cawan direbus ye. (ikut korang lah nk pasta jenis macam mana)
7. Sebiji tomato di dadu
8. Sebiji lada benggala di dadu
9. 1/4 cwn parmesan cheese @ ikut suka
10. 1/4 cwn mozarella cheese @ikut suka
11. 1/4 cwn cheddar cheese @ ikut suka

Cara - cara

(bahan A)

1. Panaskan butter, bila dah cair masukkan garlic, dah naik bau masukkan pulak shrimp dan parsley. Masak dalam 2minit dan ketepikan.

(bahan B)

2. Panaskan butter,  bila dah cair masukkan tepung gandum dan kacau cepat -cepat dan terus masukkan susu segar. Kalau pekat sangat white sos ni korang boleh tambah air @susu lagi.

3. Kemudian masukkan garam, perasa dan kiub ayam. 

4. Masukkan pula tomato dan lada benggala.  Saute sekejap. Terus masukkan shrimp (bahan a) dan masukkan segala cheese yang korang nak guna. Gaul sekejap lepas tu masukkan pasta.  Gaul dan tutup api.

5. Sedia untuk di hidangkan.

* korang boleh guna ketiga tiga jenis cheese tu. Memang terangkat lah. Kalau takde,  guna cheddar pun boleh.  Mozarella tu functionnya nak bagi melekit tertarik tarik gitu.

*sukatan ni pandai -pandai korang lah. Ikut kesukaan korang lah.

*white sos tu sebenarnya korang boleh buat banyak-banyak dan bekukan. Next time korang boleh gunakan utk masak spagetti carbonara ke.

Okey selamat mencuba.  Tapi makanan ni memang menakutkan bagi yang sedang nk menguruskan badan.

Tapi saya tak takut sebab saya telan omega guard sebelum makan lepas makan saya ambil pulak lecithin dan alfalfa.  U ols nak kurus tanpa perlu berlapar?  Cubalah set kurus shaklee.

Kalau berminat dan nak dapatkan free consultation hubungi saya ya.

JULIYA 0192648694
FB PAGE: My Suppelement Closet