Friday 9 January 2015

BAGAIMANA NAK PULIHKAN KULIT TERBAKAR

Assalamualaikum..

Kulit terbakar atau 'sunburn' pasti terjadi jika kulit kita terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu lama. Akibatnya muka mula lah berbelang.. Sebelah sini putih, sebelah sana pulak hitam.. Kulit dah ala -ala "Jepun Sunburn" la pulak. Pada mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti luar seperti bersukan, konvoi motosikal dan sebagainya, ini adalah masalah utama yang mereka sering hadapi.


Macam ni lah jadinya kalau berjemur tengah panas dan bercermin mata hitam 

Ada tak cara nk rawat "sunburn" dengan segera? Atau biar masa je menentukan bila sunburn ni akan hilang? Tapi kita akan berasa tak selesalah selagi kulit kita tak kembali ke rupa asal kan.

Saya ada google search dan dengar beberapa petua yang dikongsi oleh orang - orang lama juga. Caranya sangat mudah dan tidak perlu berbelanja besar.


1. BUAH TOMATO?

  • Buah tomato kaya dengan anti oksidan. Maka ianya adalah sangat baik untuk kulit kita. Anti aging lah katakan.
  • Caranya, ambil isi buah tomato dan lenyek @ hancurkan isinya. Terpulanglah nak kisar atau hancur secara manual.
  • Isi yang dah hancur tu boleh pupuk di kulit yang sunburn tu. Tapi hati - hati kerana anda akan rasa perit sikit. Ala, "beauty is pain" so tahan lah sikit.
  • Biarkan kering dan kemudian basuh lah. Boleh bilas dengan air sejuk yang di tambah dengan ais ketul.
  • Boleh juga tambah yogurt dalam tomato yang hancur tu. Yogurt akan membuatkan kulit kita rasa sejuk dan nyaman.


2. LENDIR ALOE VERA?



  • Aloe Vera atau lidah buaya dipercayai dapat merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit kulit. Kandungannya yang terdiri daripada 96% air menjadi agen utama dapat membekalkan air kepada kulit yang luka memberi kelembapan sepanjang masa. Ini akan membuatkan tisu kulit yang luka akan mudah sembuh.
  • Iskandar Zulkarnain pula dikatakan terpaksa menakluk sebuah pulau semata-mata untuk mendapatkan tanaman ini bagi merawati tentera-tenteranya yang cedera. Begitulah legenda daun lidah buaya yang didakwa mempunyai kuasa menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang dikatakan telah digunakan sejak 3500 tahun yang lalu.
  • Cara merawat kulit sunburn ni senang je.. Belah daun lidah buaya ni, kemudian ambil lendirnya. Boleh picit atau kukut dengan sudu. Boleh kisar bersama air dan sapu pada kulit. Buat macam masker tu. 
  • Boleh juga campur lendir aloe vera bersama tepung ubi. Ia akan menambahkan kenyamanan pada kulit.

3. CUKA EPAL?



  • Cuka Adalah Kemudahan Bagi Manusia" Diriwayatkan Oleh Muslim "Allah Telah Meletakkan Berkat Dalam Cuka, Ia Digunakan Oleh Para Nabi Sebelum Aku", Diriwayatkan Oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Maja
  • Cuka epal dapat merawat masalah seperti ekzema, tona kulit tak sekata dan juga jerawat, tompok hitam dan masalah kulit yang lain.
  • Bagaimana nak hilangkan sunburn guna cuka epal? Senang sangat...hanya sapu cuka epal pada kulit yang terjejas. Cara bancuhannya ialah 1 sudu cuka dengan 3 sudu air bersih. 1:3.


4. SUSU?



  • Susu dapat mengurangkan iritasi pada kulit. So untuk hilangkan sunburn, boleh gunakan susu dan buat masker
  • Caranya, susu dicampur dengan sedit tepung jagung supaya jadi pekat.. Sapukan pada kulit yang sunburn tu..Biar kering.Kemudian bilas dengan air bersih.
  • Untuk extra cantik, boleh juga campur dengan sebiji Vitamin E. Saya suka gunakan Vitamin E sebab ianya berbentuk kapsul. Gunting sikit hujung kapsul dan picit la minyak vitamin E tu keluar.
  • Kepada pengguna Energizing Soy Protien atau nama famousnya ESP Shaklee, boleh juga tambah sesudu kecil ESP dalam campuran susu dan vitamin E tadi dan buat masker.

Rasanya itu saja petua yang kita boleh amalkan untuk hilangkan sunburn. Sebenarnya ada lgi petua yang lain seperti tambahkan madu dalam susu, sapukan putih telur pada kulit, gunakan timun atau ubi kentang. Pokok pangkalnya kalau kita rajin buat dan yakin INSYAALLAH menjadi. Kalau malas, tak tau nak kata lah macam mana.


SELAMAT MENCUBA!!









1 comment:

  1. Anda ada masalah
    👎Jerawat
    👎jeragat
    👎penuaan
    👎sunburn
    👎berminyak
    👎tona tak sekata
    👎kulit kusam
    Dan byak lagi masalah kulit muka yang sering dialami remaja skrang mahupun dewasa...saya anda mnjual skincare homemade buatan sndiri yg berasaskan kolegen rumpai laut dan strawberry , bebas bahaan kimia dan mmpunyai kllusan KKM. Tiada pengelupasan dan KESAN SEAWAL 3 HARI. Untk makluman lanjut sila Whatsapp ke 0194944265 (free gift mnanti anda)

    ReplyDelete