Friday 9 January 2015

BAGAIMANA MULAKAN PEMAKANAN BAYI 6 BULAN

ASSALAMUALAIKUM..


Lagi 2 minggu, Aaron Malique dh cecah umur 6 bulan dan dh boleh mula makan.. Waa, sekejapnya masa berlalu. Rindu pulak bau harum Aaron masa baru lahir. Best kan bau baby. Bila dah umur anak nak masuk 6 bulan ni sibuklah cari info tentang makanan pertama untuk anak. Semata - mata nak pastikan yang saya tak tersalah langkah dalam memberi makanan pada Aaron. Risau juga dengan isu alergi, tercekik dan sebagainya.



Inilah dompot kesayangan saya.


MENGAPA UMUR 6 BULAN?

Jika kita kerap membaca dan berkongsi maklumat dari ibu - ibu atau mungkin juga info dari doktor, kita hanya dibenarkan memberi solid food pada anak setelah mereka berumur 6 bulan. WHO juga mencadangkan bayi diberi makanan setelah berumur 6 bulan. Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan ibu menyusukan anak secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain atau air masak) sehingga bayi mereka berusia 6 bulan. Walaubagaimana pun ramai ibu - ibu yang tidak mengendahkan cadangan dan polisi penyusuan ini atas beberapa sebab:
  • anak sering hisap jari tandanya anak lapar
  • anak kerap menyusu dan menangis 
  • Susu ibu yang tidak mencukupi
  • leceh menyusukan anak
  • Malas nak pump susu dan buat stok.
MALAS....MALAS....MALAS....MALAS....TAK TAU NAK KATA APA DAH. Ok tak nak panjang lebar tentang isu menyusu anak ni.. Sensitip dan sebak! Jom kita cerita tentang pemakanan baby lagi afdal.




MAKANAN PENGENALAN




Hasil galian di google dan juga group ibu - ibu pakar, dapat lah beberapa info tentang maknanan pengenalan untuk baby berumur 6 bulan yang baru nak belajar makan ni. Kita mulakan dengan minggu pertama.

1. PUREE BUAH 
  • Mulakan dengan puree buah - buahan seperti aprikot, pisang, betik, epal atau pear.
  • Lenyekkan atau kisar buah - buahan pilihan ibu - ibu. Bila dah yakin hancur, tambahkan dengan susu ibu dan kacau sebati. 
  • Pastikan puree itu tak terlalu pekat.Cair tak pe mudah untuk baby makan. Senang je nak uji kecairan puree tu. Ambil sesudu puree dan tuangkan. Jika mengalir jatuh, maknanya just nice. Ok lah tu.
  • Jika buah yang ibu - ibu pilih jenis yang keras seperti epal atau pear, boleh lah rebus dulu sebelum dilenyekkan.

2. PUREE SAYURAN
  • Masuk minggu kedua, ibu - ibu boleh perkenalkan puree sayuran pula,
  • Elakkan sayu - sayuran yang bergas seperti brokoli dan kobis atau sayuran pahit seperti peria,
  • Ibu - ibu boleh gunakan kentang, labu atau lobak merah.
  • Caranya sama je dengan puree buah. Basuh, potong, rebus atau stim hingga empuk dan lenyek atau kisar hingga hancur. Jangan lupa tambahkan susu ibu ye. Dan mesti cair.

3. PERHATIAN!!
  • Elak paksa anak habiskan makanan. Kalau 3 sudu je bayi anda makan, cukuplah. Jangan dipaksa. dah namanya makanan pengenalan kan.
  • Elakkan buah - buah citrus seperti epal hijau atau oren yang masam. Boleh mengundang sakit perut pula nanti.
  • Jika ibu - ibu mula boring, boleh buat pure dari campuran beberapa buah - buahan seperti pisang + pear, epal + betik dan sebagainya.
  • Bayi yang berusia 6-7 bulan, elakkan beri makanan potensi alergi seperti kekacang, keju, telur, daging atau makanan laut.
  • Elakkan bahan perasa seperti gula dan garam kerana ginjal bayi masih belum matang dan tidak boleh proses natrium.
  • Elakkan beri puree lobak merah dalam kuantiti yang banyak kerana ianya boleh sebabkan najis bayi keras. Try and error ye ibu -ibu.
  • Makanan seperti bubur dan ikan bilis boleh diberi kepada bayi selepas berusia 7 bulan ke atas.
  • Amalkan "4 day rules" bila mulakan solid food ni. Beri anak anda makan makanan yang sama selama 4 hari untuk kita examine ada tak berlaku masalah penghadaman atau alergi pada bayi kita.
  • Jika bayi alergi, kesannya kita dapat lihat 1/2 jam selepas makan atau paling lama 2-3 hari.
  • Perhatikan juga najis baby..Kalau keras, mungkin puree yang kita sediakan tu terlalu pekat.
  • Bagi masalah kembung atau bergas, jika ianya berlaku selama 4 hari berturut - turut maknanya bayi anda tak serasi lah dengan makanan tersebut. Baik tunggu bayi anda besar barulah berikan makanan jenis tu.


Mengikut para ulamak, 'tahnik' atau belah mulut boleh dibuat menggunakan madu atau kurma

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Ajarlah anak - anak dari kecil makan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran supaya besar nanti mereka tak memilih makanan.  Tapi pastikan anak makan ikut sukatan yang dibenarkan. Nanti obes pula. Kalau dah obes boleh mengundang berbagai penyakit.


Excited pula nak sediakan first solid food untuk Aaron ni. Harap Aaron dapat terima dengan baik. Tunggulah entry tentang reaksi Aaron dan penerimaan dia pulak.

0 comments:

Post a Comment