Friday 19 December 2014

MASALAH KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT

Assalamualaikum..


Masalah kulit berminyak adalah tidak asing lagi bagi wanita. Ramai juga yang takut bila kulit muka mengeluarkan minyak dari yang sepatutnya. Masalah ni saya sendiri pernah alami masa belajar di UITM dulu. Masa tu baru diploma, penjagaan muka pun tak begitu dititik beratkan. Muka berminyak boleh mengundang kepada beberapa masalah kulit yang lain antaranya JERAWAT!!!!!


KULIT JERAWAT


Nanti saya nak cari semula gambar-gambar lama masa diploma.aduhhh mana tah saya sorok sibuk tak nak ingat balik muka jerawat ku.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Macam tu juga dengan kulit berminyak ni. Pasti ada cara atasinya. Tapi sebelum tu, kita kenali dulu apa punca kulit muka berminyak.

PUNCA???

1. KERAP MENCUCI MUKA.

  • Ramai berpendapat mencuci muka dengan kerap dapat menghilangkan minyak dan mencegah muka dari dinaiki jerawat. Sebenarnya kerap mencuci muka dengan pembersih akan membuatkan kulit bertambah berminyak dan jerawat pun senang muncul. Cukup hanya mencuci muka dengan pembersih 2kali sehari.
2. TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH

  • Waktu kerja yang padat atau menjalankan aktiviti yang berat akan menyebabkan kulit berpeluh (termasuk kulit muka). Membiarkan peluh kering dan diserap oleh kulit muka akan menyebabkan kulit menjadi menjadi tidak sihat.
3. PENGGUNAAN ALATAN KOSMETIK
  • penggunaan alatan kosmetik yang tidak berseuaian dengan kulit muka akan membuatkan kulit menjadi berminyak dan berjerawat.
  • Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.
4. MENGGUNAKAN WHITENING SKIN CARE
  • Penggunaan 'whitening skin care' tidak begitu digalakkan untuk kulit yang berjerawat. Bahan - bahannya tidak begitu sesuai untuk rawatan jerwat, akan menyebabkan kulit semakin berminyak dan meninggalkan pigmentasi.
  • Jika kulit berminyak dan berjerawat, gunakan Skin Care Set yang bersesuaian dan atasi dahulu masalah kulit berminyak dan jerawat.
5. PEMAKANAN
  • Pengambilan makanan yang berminyak, bergoreng dan berlemak akan membuatkan kulit muka semakin berminyak dan jerawat mula timbul.'


CARA ATASI

1. MINUM AIR YANG CUKUP
  • Pastikan anda minum air masak yang secukupnya, sekurang - kurangnya 2 liter sehari untuk mendapatkan kulit muka yang lembap. Bakteria akan mudah hidup di kulit muka yang terlalu kering.
2. MENGGUNAKAN PELEMBAP
  • Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.

3. MAKAN BNYAK BUAH DAN SAYURAN HIJAU.
  • Buah dan sayur dapat membantu mengimbangi minyak dalam kulit kita. sayursn hijau adalah agen detoks yang terbaik.
4. MEMBASUH MUKA DENGAN CLEANSER
  • Mencuci muka dengan pembersih yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE. Pilih pembersih berasaskan gel bagi kulit berminyak dan foam atau krim bagi kulit kering.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kulit berminyak dan kulit kering.
5. MAKANAN TAMBAHAN
  • Terdapat banyak makanan tambahan di pasaran yang boleh didapati. Apa yang penting, kita perlu konsisten pengambilannya. Antara vitamin yang famous ialah:
GLA - bantu stabilkan hormon

B COMPLEX - mengawal minyak pada kulit dan juga bertindak sebgai anti stress. kerap stress akan mengakibatkan jerawat tumbuh.

VITAMIN E - sebagai anti oksida, menghalang kulit dari sinran uv dan melembapkan kulit.

VITAMIN C - mengecutkan jerawat, membaiki luka dan juga sebagai antioksida.

PROTIEN - menggantikan sel - sel mati dengan yang baru dan menggebukan kulit.


KULIT YANG CANTIK BERMULA DARI DALAM. JAGA DAN PELIHARA LAH IA SEBAIK MUNGKIN.. DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA DARI SEKARANG.





BERMINAT DENGAN SUPPLEMENT DARI SHAKLEE, DARI DARI SAYA DENGAN HANYA KLIK DI GAMBAR DI BAWAH







BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA MELALUI NOMBOR SEPERTI DI BAWAH UNTUK KONSULTASI PERCUMA.

JULIYA 
0192648696
juliyabaharom@gmail.com








0 comments:

Post a Comment