Friday 19 December 2014

MASALAH KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT

Assalamualaikum..


Masalah kulit berminyak adalah tidak asing lagi bagi wanita. Ramai juga yang takut bila kulit muka mengeluarkan minyak dari yang sepatutnya. Masalah ni saya sendiri pernah alami masa belajar di UITM dulu. Masa tu baru diploma, penjagaan muka pun tak begitu dititik beratkan. Muka berminyak boleh mengundang kepada beberapa masalah kulit yang lain antaranya JERAWAT!!!!!


KULIT JERAWAT


Nanti saya nak cari semula gambar-gambar lama masa diploma.aduhhh mana tah saya sorok sibuk tak nak ingat balik muka jerawat ku.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Macam tu juga dengan kulit berminyak ni. Pasti ada cara atasinya. Tapi sebelum tu, kita kenali dulu apa punca kulit muka berminyak.

PUNCA???

1. KERAP MENCUCI MUKA.

  • Ramai berpendapat mencuci muka dengan kerap dapat menghilangkan minyak dan mencegah muka dari dinaiki jerawat. Sebenarnya kerap mencuci muka dengan pembersih akan membuatkan kulit bertambah berminyak dan jerawat pun senang muncul. Cukup hanya mencuci muka dengan pembersih 2kali sehari.
2. TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH

  • Waktu kerja yang padat atau menjalankan aktiviti yang berat akan menyebabkan kulit berpeluh (termasuk kulit muka). Membiarkan peluh kering dan diserap oleh kulit muka akan menyebabkan kulit menjadi menjadi tidak sihat.
3. PENGGUNAAN ALATAN KOSMETIK
  • penggunaan alatan kosmetik yang tidak berseuaian dengan kulit muka akan membuatkan kulit menjadi berminyak dan berjerawat.
  • Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.
4. MENGGUNAKAN WHITENING SKIN CARE
  • Penggunaan 'whitening skin care' tidak begitu digalakkan untuk kulit yang berjerawat. Bahan - bahannya tidak begitu sesuai untuk rawatan jerwat, akan menyebabkan kulit semakin berminyak dan meninggalkan pigmentasi.
  • Jika kulit berminyak dan berjerawat, gunakan Skin Care Set yang bersesuaian dan atasi dahulu masalah kulit berminyak dan jerawat.
5. PEMAKANAN
  • Pengambilan makanan yang berminyak, bergoreng dan berlemak akan membuatkan kulit muka semakin berminyak dan jerawat mula timbul.'


CARA ATASI

1. MINUM AIR YANG CUKUP
  • Pastikan anda minum air masak yang secukupnya, sekurang - kurangnya 2 liter sehari untuk mendapatkan kulit muka yang lembap. Bakteria akan mudah hidup di kulit muka yang terlalu kering.
2. MENGGUNAKAN PELEMBAP
  • Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.

3. MAKAN BNYAK BUAH DAN SAYURAN HIJAU.
  • Buah dan sayur dapat membantu mengimbangi minyak dalam kulit kita. sayursn hijau adalah agen detoks yang terbaik.
4. MEMBASUH MUKA DENGAN CLEANSER
  • Mencuci muka dengan pembersih yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE. Pilih pembersih berasaskan gel bagi kulit berminyak dan foam atau krim bagi kulit kering.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kulit berminyak dan kulit kering.
5. MAKANAN TAMBAHAN
  • Terdapat banyak makanan tambahan di pasaran yang boleh didapati. Apa yang penting, kita perlu konsisten pengambilannya. Antara vitamin yang famous ialah:
GLA - bantu stabilkan hormon

B COMPLEX - mengawal minyak pada kulit dan juga bertindak sebgai anti stress. kerap stress akan mengakibatkan jerawat tumbuh.

VITAMIN E - sebagai anti oksida, menghalang kulit dari sinran uv dan melembapkan kulit.

VITAMIN C - mengecutkan jerawat, membaiki luka dan juga sebagai antioksida.

PROTIEN - menggantikan sel - sel mati dengan yang baru dan menggebukan kulit.


KULIT YANG CANTIK BERMULA DARI DALAM. JAGA DAN PELIHARA LAH IA SEBAIK MUNGKIN.. DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA DARI SEKARANG.





BERMINAT DENGAN SUPPLEMENT DARI SHAKLEE, DARI DARI SAYA DENGAN HANYA KLIK DI GAMBAR DI BAWAH







BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA MELALUI NOMBOR SEPERTI DI BAWAH UNTUK KONSULTASI PERCUMA.

JULIYA 
0192648696
juliyabaharom@gmail.com








Saturday 13 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN D

ASSALAMUALAIKUM..

Selalu kita dengar tentang Vitamin C berupaya meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat masalah kulit, Vitamin E pula membantu memulihkan parut di muka dan badan, Vitamin B Complex pula bantu masalah stress dan lain - lain.

Tetapi jarang kita dengar tentang VITAMIN D. Apa tu vitamin D? Apa kebaikannya? Vitamin D dari sumber apa?

Haa...bila saya buat bacaan tentang Bibir Perokok Yang Hitam, baru saya jumpa tentang Vitamin D ni. So boleh lah saya share sedikit info yang saya dapat kat sini.


PENGHASILAN VITAMIN D

Vitamin D adalah kelompok yang larut dalam lemak prohormones, terdiri dari dua bentuk iaitu Vitamin D2 (ergocalciferol) dan Vitamin D3 ( cholecalciferol).
Vitamin D dihasilkan oleh badan apabila terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Apabila sinaran UV terkena kulit kita, ianya akan menukarkan kolestrol dalam kulit kepada Vitamin D. Calcitriol adalah bentuk aktif Vitamin D yang dijumpai dalam badan manusia.





PERANAN VITAMIN D
  • Menguatkan tulang dan gigi.
                      - Vitamin D membantu menyerap kaslsium ke dalam badan.
                      - Dapat mengelakkan masalah tulang rapuh.
  • Membantu menyokong kesihatan fungsi jantung.
- Kekurangan Vitamin D dapat meningkatkan risiko diserang sakit jantung.
  • Membantu menurunkan berat badan. 
                    - Kajian mendapati orang yang gemuk mempunyai paras Vitamin D yang rendah dalam badan.
  • Mengurangkan risiko kanser. 
                  - Kajian mendapati individu yang mempunyai kandungan Vitamin D yang mencukupi jarang berisiko terkena serangan kanser

  • Mengurangkan risiko Multiple Sclerosis
  • Bantu meningkatkan sistem imun.
                     - Vitamin D berupaya mencegah penyakit yang berkait dengan sitem imun kita seperti batuk, selsema dan demam.


Selain dari sumber cahaya matahri, Vitamin D boleh di dapati dari sumber makanan seperti:

  • Kuning telur
  • Marjerin
  • Salmon
  • Susu

Punca Kekurangan Vitamin D
  • Berumur 50 tahun ke atas
  • Bukan penggemar susu dan laktosa
  • Masalah hati dan pencernaan
  • Masalah berat badan berlebihan.

Cadangan keperluan Vitamin D
  • 600 IU kepada yang berumur sehingga 70 tahun.
  • 800 IU kepada yang berumur 71 tahun ke atas.

Jika anda perlukan VITAMIN D, bolehlah bangun awal pagi dan 'expose'kan diri anda pada cahaya matahari. Tapi pastikan cahaya di waktu pagi.

Alternatif nya, boleh dapatkan supplement yang mengandungi kandungan Vitamin D seperti OSTEMATRIX DAN VITALEA dari Shaklee.

Jika berminat, boleh dapatkan produk shaklee dengan menghubungi saya di talian seperti di bawah.

Juliya Baharom
0192648694
CLICK GAMBAR UNTUK MEMBUAT PESANAN





CLICK GAMBAR UNTUK MEMBUAT PESANAN













                    

Friday 12 December 2014

BIBIR PEROKOK HITAM?

ASSALAMUALAIKUM..


Baru - baru ni saya dan kawan - kawan di group wassup ada discuss pasal tabiat merokok ni. Rata - rata bersetuju perokok ni memang susah sangat nk tinggalkan tabiat yang satu ni. Pada saya, merokok ni dh buatkan mereka ketagih. 
Perasan tak bibir perokok makin lama akan menjadi gelap @ hitam? Apa punca nya? Betapa comelnya kalau bibir kita merah dan nampak fresh je macam dalam gambar kat bawah ni. Nak bibir fresh? berhenti merokok.ermmmmmm


Ok, disebabkan suami saya pun perokok, saya pun search la apa punca bibir perokok ni hitam.

1. Nikotin

  • Nikotin yang terkandung dalam rokok akan membuatkan kulit perokok menjadi kusam, rosak dan menukarkan warna semulajadi bibir.
  • Nikotin juga mempengaruhi sistem peredaran darah perokok. Ini kerana nikotin akan menyentuh sistem saraf utama, menyebabkan sistem badan bertindak balas dan melepaskan lemak yang tersimpan, masuk ke saluran darah dan melekat pada pembuluh darah dan lama kelamaan pembuluh darah akan mengeras.
  • Pembuluh darah yang mengeras lama kelamaan akan menyempit dan berlaku lah saluran darah tersumbat dan menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan dengan mencukupi.
  • Bila perokok kekurangan oksigen, kesannya adalah pada kulit di mana kulit mula kering dan menjadi pucat. Ini termasuklah kulit bibir yang mula menghitam.
  • Kesan lain juga adlah penyerapan zat besi kan mula berkurangan dan menyebabkan proses pembentukan hemoglobin darah terganggu dan ini menyebabkan bibir jadi hitam.

2. Kekurangan VITAMIN D

  • Tabiat merokok yang melampau juga akan membuatkan badan kita kekurangan Vitamin D. Bila badan kekurangan vitamin D, sistem pertahanan badan kita akan lemah terhadap Sinar UV. Ini akan membuatkan sinar UV ini senang meresap ke kulit kita dan akan merosakkan bibir dan menyebabkannya menjadi gelap dan hitam.


3. Dehidrasi

  • Tabiat merokok yang melampau akan menyebabkan tubuh badan kita kekurangan air atau dehidrasi. Contoh paling mudah, bila kita kurang minum air, kulit kita akan menjadi kering dan boleh merosakkan kulit.
  • haba panas dari rokok juga membuatkan bibir menjadi kering dan sel - sel bibir menjadi rosak. ini kerana kulit bibir adalah sangat nipis dan sangat sensitif
Bibir perokok menjadi hitam bukalah dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama. Sebab tu kalau baru nak berjinak - jinak dalam dunia merokok ni, bibir nampak fresh lagi kan. So tak kesah sangat lah. Tapi lama kelamaan barulah bibir jadi hitam, orang keliling menegur, barulah rasa menyesal.

Sebab tulah, saya nasihatkan banyakkan minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari @ 2 liter sehari bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Pengambilan supplement juga sedikit sebanyak boleh membantu masalah kekurangan VITAMIN D.
VITALEA iaitu Multivitamin dari Shaklee mengandungi 28 nutrient dan salah satu nya adalah Vitamin D.



JULIYA BAHAROM
0192648694
fb Page: My Supplement Closet

Monday 27 October 2014

Apa itu Autisme

Assalamualaikum..

Harini terpanggil nk share tentang salah satu masalah pembelajaran yang sesetengah kanak-kanak hadapi iaitu AUSTIME.

                  MAKNA AUTISME

AUSTISME asalnya dicedok dari perkataan 'greek' iaitu AUTOS yang membawa makna sendiri. Maka dengan itu autisme membawa maksud hidup dalam dunia sendiri.. so, kita dah boleh gambarkan keadaan kanak - kanak autisme ni macam mana kan.

Austime ini adalah ketidakupayaan yang berlaku dari segi mental. Ini kerana otak nya gagal berfungsi dengan baik. Tapi JANGAN sesekali kita gelarkan anak syurga ini pesakit mental ya. Ia juga boleh berlaku serentak dengan gangguan mental.

Autisme ini terjadi tanpa mengenal bangsa, agama, status atau etnik. Kebarangkalian ianya terjadi kepada kanak- kanak lelaki adalah empat kali lebih tinggi dari kanak - kanak perempuan.

            CIRI - CIRI AUTISME

Ibu bapa perlu tahu dan ambil berat tentang anak mereka. Ini kerana ciri - ciri autisme dapat dikesan seawal anak-anak berusia 3 tahun. Kanak - kanak ini bermasalah dalam memnina hubungan sosial dan emosi dengan orang sekeliling. Mereka suka memencil diri dan tidak faham dengan kehidupan mereka dan apa yang merek lihat.

Antara ciri-ciri autisme:
1. Kurang @ tiada eye contact
2. Suka memencil diri @ tak suka berkawan.
3. Tiada ekspresi muka
4. Tidak berkongsi minat @ kegembiraan dengan orang lain.
5. Lewat @ tiada perkembangan bahasa
6. Suka terhadap sesuatu bahagian pada objek.
7. Suka mengamuk jika hajat tak dipenuhi.
8. Suka mengulang perkataan - perkataan yang tertentu.
9. Tidak suka jika kegiatan rutinnya diubah.
10. Kurang bermain dengan permainan bervariasi.

              PERANAN IBU BAPA

Jika ibu/bapa mengesan terdapat ciri - ciri seperti di atas pada anak- anak anda, silalah rujuk anak anda ke hospital untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan.

Masalah ini tidak dapat diatasi dengan ubat - ubatan. Sebaliknya terdapat beberapa terapi yang boleh membantu anak - anak istimewa ini. Antaranya adalah terapi cara kerja,terapi pertuturan dan ' Applied Behavioural Analysis Therapy. Ibu bapa perlu peka terhadap program - program yang boleh membantu anak - anak istimewa ini. Dengan menyertai program - program ini, mungkin perubahan positif dapat dilihat di masa akan datang.

Ok itu saja perkongsian saya buat masa ini.. untuk next entry nanti saya share pula tentang apa itu HIGH FUNCTION AUTISME.


Ada juga saranan supplement untuk mengurangkan tingkah laku negatif anak -anak autise ini.

Ingin mengetahuinya? Boleh hubungi saya di talian yang tertera dibawah.


Juliya  0192648694
Fb: Juliya Baharom
Fb page: My Supplement Closet

Saturday 27 September 2014

Kenapa SHAKLEE???

Assalamualaikum..

Asik - asik shaklee. Tak de benda lain ke ko nak cerita? Tak de vitamin lain ke yang ko nak jual? Kenapa shaklee?

Awak ni dah kenapa? Apa salah saya? Apa salah shaklee? Kenapa marah sangat?

Tak de la, aku buka fb ramai nya yang jual shaklee, kat opis aku pun ramai kawan-kawan jual shaklee.

Hah, bagus lah. Ni menunjukkan shaklee tu mendapat tempat di hati orang ramai. Dapat kepercayaan orang ramai. Jadi pilihan orang ramai.

Benda baik dah tentu kita nak kongsikan dengan orang sekeliling kita kan. Macam saya ni, ambil ostematrix masa berpantang, alhamdulillah dapat atasi masalah sembelit. Susu badan untuk anak saya pun alhamdulillah meriah. Dah bagi kesan positif pada saya, tak kan saya nk kunci mulut saya ni dari share kebaikan yang saya dapat dengan orang sekeliling saya?

               TAK TAKUT MATI!

Saya ni dah 4 kali bercuti di Bandung. Suka sangat sebab boleh shopping. Kalau pergi ke bandung pergilah ke Pasar Baru. Di tingkat berapa ntah saya pun tak ingat, banyak toko-toko yang menjual produk pelangsingan, produk kecantikan, ubat kuat pun ada. Masa saya pergi ke sebuah toko, owner nya offer saya beli produknya, bawa balik malaysia dan letak lah jenama sendiri. Ishhhh macam tu ke? Kata pemandu pelancong saya, " buk, ramai yang ke mara borong bawa pulang dan bikin jenama sendiri".. OMG OMG. takutnya saya dengar. Tak buat kajian terhadap produk tu secara terperinci tapi berani juga jual dan letak jenama sendiri pula! Tak takut mati ke?

     SHAKLEE BAGUS SANGAT KE?

Memang bagus! Kalau tak bagus tak adalah yang berjaya hamil lepas consume set kesuburan.

Memang bagus! Kalau tak bagus, tak adalah yang berjaya kurus dengan set kurus shaklee.

Sebab bagus la bersepah - sepah orang jual shaklee dan up status tentang kebaikan shaklee.

            SHAKLEE SELAMAT?

DAH TENTU LAH SELAMAT!.  Shaklee menjalankan lebih dari 83,000 ujian kualiti setiap tahun ke atas produknya.

Shaklee juga menjalankan lebih dari 350 ujian ke atas bahan - bahan botani yang baru.

Produknya juga sentiasa memberi kesan positif kepada kesihatan kerana ianya paling tulen dan dan tiada bahan terlarang..Boleh GOOGLE ye.

               UKHWAH TERJALIN

Yang ni paling best! Jumpa dan kenal ramai orang - orang positif dalam business ni.

Saya ada Group wassup Geng 3 Pagi. Geng apa ni? Ha, ni lah geng - geng leader hebat yang akan kejut satu sama lain untuk bangun solat tahajjud! Menarik kan. Sebelum ni liat nk bangun tahajjud.

Leader-leader hebat ni lah juga yang akan update ajak solat dhuha, remind each other sentiasa zikir, sedekah dan bagi kata - kata semangat. Yang ni saya paling suka!

Disebabkan semua di atas ni lah yang membuatkan saya tak pikir panjang untuk join shaklee.. sebab banyak kesan positif berlaku ke atas diri saya sendiri.

Ok tu je saya nk share..kalau ada yang nk alami kesan positif mcm saya alami boleh hubungi saya..kita berbual dengan lebih mesra ya. Kita cuba dulu baru kita tau hasilnya. TAK CUBA TAK TAHU

Juliya Baharom
0192648694
Shaklee Independent Distributor

Wednesday 24 September 2014

Selfie or Selfish???

Assalamualaikum.

Term 'selfie' sangat - sangat famous amos sekarang ye. Mula - mula saya pelik jugak tiba - tiba ramai sangat yang update status kt fb berselfie.

Boleh baca di sini untuk makna selfie . Bila duduk lepak dengan member - member tapi dok sibuk berselfie, mula la mencerminkan kita ni selfish pulak kan..yela member ajak berborak kita sibuk dengan diri sendiri kan.

Ada juga keburukan dari tabiat berselfie ni kan. Boleh rujuk di sini kalau nak tahu akibat buruk berselfie yang melampau.

Saya ni pulak jenis yang kurang bergambar memang dari kecil lagi.. agaknya sebab masa kecil saya memang kurang koleksi bergambar.

Bagi saya, tak salah berselfie tapi biarlah bertempat. Jangan la sampai dok dalam jamban pun nak berselfie kan.

Hehe..sekadar gurauan


Saturday 20 September 2014

D.I.Y Cosmetic Box

Asaalamualaikum..

Okey untuk cabaran 30 hari blogging, harini saya nak share cara saya susun barangan penjagaan diri dan juga barang kosmetik sy.

Saya beli DIY wooden cosmetic box dari kawan saya di fb. Mula - mula ingatkan ringan dan biasa - biasa je tapi bila dah dapat, waaa dah namanya wooden memang agak berat dan kukuh! Nanti tengok gambar nya kat bawah ye.

Simple je, kita pasang sendiri je. Tapi saya seperti biasa akan suruh suami lah yang pasang sebab saya pandai beli je..hehe

Barang - barang lebih tersusun.

- ada 2 drawer yang mana saya suka sangat sebab saya boleh gunakan untuk letak aksesori spt rantai, cincin, brooch, gelang dan lain - lain.

- sebelum ni barang - barang terabur dan letak merata. Brooch ada je dalam handbag lah, dalam purse lah. Sekarang ni kita sumbat je dalam box ni.

Beli kat mana??

- DIY box ni saya beli dari kawan saya di fb.. pada yang berminat boleh le fb kawan saya Norishah Jaafar Full. Harga pun murah je, sesuai dengan kualitinya..

Sekian.

Wednesday 17 September 2014

Resepi Spagetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Haaa..arini nak share sikit resepi spagetti aglio olio versi saya.. anak sulung saya suka sangat spagetti ni.
Mak saya pun suka sebab ianya tak lah kebaratan sangat kan.

BAHAN - BAHAN

1. Sekampit spagetti
2. Lada bulat @ lada benggala (dadu)
3. Udang
4. Crab stick
5. Cili flakes
6. Cheese powder
7. Carrot
8. Cendawan butang
9. Brokoli
10. Garam
11. Olive oil
12. Bawang holland (dadu)

CARA - CARANYA

1. Rebus spagetti hingga lembut. Boleh rujuk cara merebus pada plastik pembungkus ye.

2. Panaskan olive oil dalam 3-4 sudu besar. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sekejap je. Kemudian masukkan carrot.

3. Kemudian masukkan cili flakes. ( ikut suka kalau nak pedas letak la banyak - banyak)

4. Masukkan cendawan, lada benggala, udang, crab stick dan brokoli. Agak - agak dah masak boleh masukkan garam dan perasa kalau suka.

5. Masukkan spagetti yang dah direbus tadi..kalau kering sgt boleh tambah sikit olive oil dan sedikit air. Gaul hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan cheese powder. Saya suka letak cheese powder banyak - banyak.

7. Hidangkan spagetti comey - comey dan tabur lagi cheese powder.

8. Sedia untuk di makan..sila lah cuba resepi saya yang biasa - biasa je ni.

Spagetti Aglio Olio ku...

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum..

Arini nak cerita sikit tentang diri saya..alahai mcm selebriti la pulak.

1. SAYA SEORANG IBU

Saya ibu kepada 2 orang cahaya mata, Aaira Nabila 4y dan Aaron Malique 2m. Telah mendirikan rumah tangga hampir 5 tahun.

2. SAYA SEORANG GURU

Ini adalah tanggungjawab hakiki saya selain seorang ibu dan isteri. Tahun ni dah masuk 6 tahun saya menjadi pendidik. Seorang guru lepasan KPLI PEMULIHAN KHAS. Opsyen saya adalah mengajar kelas pemulihan khas. " pelanggan" saya adalah murid- murid lemah yang masih belum menguasai 3 kemahiran penting iaitu membaca, menulis dan mengira. Ada juga dikalangan murid saya yang mengalami masalah pembelajaran seperti DISLEKSIA, AUTISME DAN HYPERAKTIF.

3. SAYA MAK ANDAM!

Haa.. ini adalag salah satu pekerjaan saya tapi bukanlah sepenuh masa. Saya mempunyai sebuah butik pengantin, Jari Manis Bridal. Saya memang suka dengan kerja kawen ni so saya decide buat bisnes ni secara kecil - kecilan. ALHAMDULILLAH, saya set up semuanya semasa majlis perkahwinan saya. Saya juga menyediakan perkhidmatan buaian berendoi. Ni tengah plan untuk majlis berendoi anak teruna pula.

4. SAYA SEORANG DUTA

Ini salah satu kerja sambilan saya yang memberi saya pendapatan sampingan. JADI DUTA!!. Duta produk SHAKLEE.. setelah jatuh cinta dengan produk shaklee tahun lepas, saya pun join keahlian shaklee dan cuba slow - slow buat bisnes ni..sambil berkongsi kebaikan produk shaklee sambil tu boleh jana pendapatan..sapa tak nak kan?? Kemana mana saya pergi saya akan bawa semua vitamin yang saya consume. Di sekolah kawan - kawan pun akan cari saya bila perlukan produk shaklee..SO, SAYA NI DUTA lah kan?

Itu saja tentang diri saya. Jika perlukan perkhidmatan buaian berendoi, perkahwinan, nak tau pasal murid pemulihan, cara pengajaran dan pembelajaran di kelas saya atau nk tau tentang produk shaklee, jangan segan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah..bye

JULIYA  0192648694
FB: JULIYA BAHAROM
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET
               : JARI MANIS BRIDAL

Hasil keras tangan saya.

Sertai saya di Amazing Club
Family kecil ku

Monday 15 September 2014

Murtabak Makasar Best

Assalamualaikum..

Masih lagi berholiday di Kuantan.. kami kalau ke kuantan keje nya food hunting je.

Untuk malam ni kami nak cari diner yang lite je..sebab semalam dh ke Tanjung Lumpur makan seafood. So suamiku ajak makan murtabak makasar.Murtabak Makasar ni famous kat Pekan, Pahang.

Ok kalau korang nak try kebetulan ke Kuantan boleh la try murtabak ni..BEST WOO.. kami stay kat Zenith Hotel so dekat je la.. Gerai nye sempi je tepi jalan kat Jalan Bukit Sekilau. Sebelah je sgn UiTM Kampus Bukit Sekilau.

Nak share sikit harga murtabaknya.

Murtabak biasa rm8
Murtabak special rm9.. dibalut dengan telur berempah.
Murtabak mix rm10.

Ni nak share pic murtabak yang sempat di snap sebelum di ngap..

Monday 8 September 2014

BERJAYA BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum,

Pernahkan anda terfikir hanya bermodalkn rm65 dan menjadi ahli shaklee, anda boleh berjaya menjana pendapatan sampingan seberapa banyak yang anda mahu? ANDA TENTUKAN SENDIRI!

Jalan untuk berjaya, tips - tips berharga, kata semangat dan motivasi yg berkesan sudah terhidang di dalam group eksklusif apabila menyertai SHAKLEE. Kita hanya perlu IKUT dan LAKSANAKAN. Tetapi untuk memacu kejayaan itu adalah DIRI KITA SENDIRI dan perlulah ada KEYAKINAN!

1.YAKIN DENGAN PRODUK SHAKLEE

- Shaklee telah melaburkan sebanyakUSD250 juta setiap tahun, 83,000 ujian klinikal bagi memastikan setiap produk nya berkualiti, berkesan dan diyakini seluruh dunia.

- Shaklee juga menghasilkn produknya dari alam semulajadi dan menyokong alam sekitar. Tiada keraguan ke atas setiap produk yang dihasilkan.

- Produk Shaklee diperakui HALAL oleh Islamic Society of America (ISA), dimana ISA adalah badan yang telah diakreditasi oleh Jabatan 

- Shaklee mempunyai barisan saintis yang tersohor.

2. YAKIN DENGAN SISTEM YANG ADIL

 - Yuran keahlian SHAKLEE             sebanyak rm65 adalah SEUMUR HIDUP!. Tiada sponsoring bonus. Ini bermakna SHAKLEE adalah PATUH SYARIAH.


- SHAKLEE bukanlah sebuah sistem piramid. TIADA ISTILAH UPLINE GOYANG KAKI!. Setiap ahli perlu bekerja untuk mendapat reward untuk diri sendiri. Malah ada juga CAR BONUS downline lebih banyak berba ding upline yang lebih lama bertapak. Downline juga boleh memotong rank upline nya, yang penting SIAPA USAHA LEBIH GIGIH!

3. YAKIN ANDA HEBAT

 - Untuk melakar kejayaan, kita mesti YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI bukannya orang lain. Bila keyakinan mula menebal, tiada masalah untuk mencipta kejayaan

- TANGKIS SEGALA CAS -CAS NEGATIF di sekeliling kita. Jangan mudah melatah atau terguris dengan segala ancaman atau sindiran. Ambil ianya sebagai penguat semangat untuk berjaya.

 - Yakin suatu hari kita akan menjadi PRESIDENTIAL MASTER COORDINATOR, rank tertinggi di dalam shaklee dengan income mencecah 6 @ 7 angka!.

- Yakin bahawa kita akan dapat merealisasikan impian kedua ibu bapa kita dengan hasil titik peluh kita sendiri

Untuk melakar kejayaan,  mesti ada MATLAMAT YANG JELAS. Set kan apa matlamat anda, bila anda akan capai dan yang penting, BUKTIKAN anda dapat mencapai matlamat tersebut.

Saya mencari rakan niaga yang BERSEMANGAT dan BERKEYAKINAN untuk membantu manaikkan taraf ekonomi keluarga, membantu ibu bapa, membantu membangunkan ummah dan bermacam lagi MATLAMAT.

INSENTIF ISTIMEWA bakal diberikan kepada yang berjaya bergelar NEW SUPERVISOR pada september 2014. Jangan tunggu lagi kerana kejayaan tidak menunggu kita, kitalah yang mesti mengejarnya.

        HUBUNGI SAYA SEGERA!!!!

Sunday 7 September 2014

TIPS JIKA BENGKAK SUSU

Assalamualaikum...

Aduh sakitnya kalau bengkak susu melanda ibu - ibu menyusu ni.. apa tu bengkak susu? Adakah susu kita yang keluar tu berketul - ketul?

Bengkak susu tu bermakna ada saluran susu kita yang tersekat dan susu tak boleh mengalir dengan sempurna. Tapi sebenarnya bengkak susu ni petanda baik bagi ibu-ibu. Ini menandakan susu ibu - ibu sangat meriah dan berpotensi menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih! Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk memahami apa itu bengkak susu.

Sambil santai2 di bilik hotel ni saya nak share sikit tips yang ibu - ibu boleh amalkan jika terkena bengkak susu.

1. Tuam dengan air panas

Boleh guna hot water bag atau kain   yg direndam dengan air panas dan tuam di kawasan yg bengkak.. ulang banyak kali insyaallah rasa lega walaupun bengkak lambat hilang.

2. Gosok dengan minyak

Ini memang kaedah yang selalu saya amalkan..sama ada gunakan khidmat mak bidan atau urut sendiri je.. kalau urut sendiri mulakan di bahagian yang bengkak perlahan-lahan secara membulat.kemudian urut dari bahagian bengkak ke arah puting. Saya ni jenis tahan sakit so saya akan urut kuat. Boleh gunakan minyak panas.

3. Mandi air panas

Saya suka cara ni sebab saya akan rasa calm je.. mandi air panas guna shower dan biarkan tujahan air panas tu di bahagian yg bengkak.. ini mungkin dapat bantu susu yang tersumbat tu mengalir dengan betul.

4. Kerap susukan baby

Ini adalah cara semulajadi. Kita kerap menyusukan baby maka hisapan baby tu akan bantu sedikit sebanyak proses pengaliran susu berjalan lancar.. jika ada anak yang lebih besar masih menyusu itu adalah lebih baik kerana kadar hisapan anak tu lebih kuat.

5. Kerap pump susu

Kurang pump susu juga merupakan satu sebab terjadinya bengkak susu..so ibu - ibu kena lah rajin dan konsisten pump susu ye.. tapi jika bengkak susu dan terjadi, pump lah sekerap mana pun susu susah sangat nak keluar.

6. Ambil supplement LECITHIN

Pengambilan lecithin dapat membantu susu yang tersumbat tu mengalir dengan baik. Banyak jenama supplement lecithin di pasaran tapi saya memilih LECITHIN SHAKLEE.

Rasanya itu saja tips yang saya boleh kongsikan dan saya amalkan jika terkena bengkak susu. Alhamdulillah hasilnya tidaklah mendadak tetapi sakit tu dapat dikurangkan insyaallah.

Jika berminat dengan produk shaklee boleh hubungi saya di nombor seperti di bawah.. insyaallah saya boleh kongsikan tips dan sediakan konsultasi secara percuma.

 
JULIYA  0192648694
FB PAGE : MY SUPPLEMENT CLOSET

Thursday 4 September 2014

BERAT BADAN TURUN 9KG DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Terujanya hari ini bila saya di sapa oleh customer melalui private message di facebook. Hampir 6 bulan kami tak berjumpa. Saya pun dh bersalin anak kedua.

Ceritanya, 6 bulan lepas customer saya ni merangkap anak angkat emak saya datang ke rumah.. saya perasan yang badannya semakin berisi. Saya pun tanya kenapa dia nampk semakin gemuk? Dia cakap sejak pindah ke putrajaya, dia sering makan lewat malam. Owhhh patut lah makin gemuk.
Kalau kita makan lewat malam dan tidur, ini lah penyebab kepada masalah kegemukkan..sebabnya kita tak sempat bersenam@jalankn apa-apa aktiviti pembakaran lemak.

Saya pun suggest dia cuba set kurus basic iaitu LECITHIN DAN ALFALFA. Kemudian dia tanya vitamin untuk kulit..saya cuma syorkan ESP.

               Selepas tiga minggu

Selepas 3 minggu, saya hubungi dia untuk dapatkan feedback. Dia beritahu berat badannya tak turun banyak. Hanya 2kg. Tapi katanya kulit muka makin lembut dan kurang berminyak. Rakan ofis pun nampak perubahan positif pada kulit dia. Dia cakap "takpelah turun sikit pun asalakn kulit saya dh makin ok". Customer saya ni LELAKI OK!. kaki pun dh kurang sengal kata dia.

Sebulan kemudian dia oder lecithin. Kemudian sy pm dia di facebook dh tak berjawab! Mungkin sibuk.

                Setelah 6 bulan!

Harini dia PM saya! Katanya berat badan dia dh turun dr 89 ke 80kg. Ermmm 9kg dalam masa 6 bulan?  Lambatnya turun, dalam hati saya.
Dia happy sangat dapat turunkn 9kg dalam masa 6 bulan tanpa control makan dan workout!!

Kalau dia workout mungkin turun 9kg dalam masa 2 bulan. Tapi dia happy sangat sebab masalah sengal dan sakit kaki bila bangun pagi dah tak ada.

Itulah saya bagitau dia, ini hanyalah supplement bukannya ubat kurus!.   Sambil kesihatan badan dapat ditingkatkn, sambil tu dapat juga turunkan berat badan...memang best kan!

Ok bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ALFALFA, LECITHIN DAN ESP bole hubungi saya. Free consultation akan diberi.

Juliya  0192648694
juliyabaharom@gmail.com

Tuesday 19 August 2014

BAHAYA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

Alhamdulillah hari ni sy dh berpantang hari yang ke 41. Mummy n baby alhamdulillah sihat sejahtera.
Saya nak kongsi sikit cerita semasa berpantang ni, masalah sembelitlah yang saya paling takut sekali.. semasa berpantang anak pertama, saya gunakan set bersalin nona roguy. Saya gunakan produk utk luaran saja sebab anak saya jaundis. So tak berani nk makan pil n air akar kayu nya. Anak dah betul betul bebas jaundis baru sy mula makan. Mungkin sebab tu saya ada masalah sembelit di awl berpantang.
Berpantang anak yg kedua ni saya amalkn set berpantang shaklee. Set berpantang ni saya ambil sejak awal pregnant sebab ianya set yang sama. Cuma untuk berpantang ni saya tambah alfalfa sebagai milkbooster.
Ok cerita pasal sembelit ni, saya memang tak risau dah sebab kali ni saya ambil OSTEMATRIX dalam set hamil dan berpantang shaklee ni. Memang saya tak ada masalah sembelit dari pregnant lg.. nak di jadikan cerita semasa berpantang hari ke 11 & 12 saya terlupa ambil ostematrix sebelum tidur disebabkn dua hari tu anak saya berjaga malam.saya dok ulik anak sampai sy tertidur dan lupa lah nk telan ostematrix.
         APA YANG TERJADI??
Perkara yang paling ditakuti telah terjadi.. SEMBELIT!!!!
YA ALLAH, siksanya hanya ALLAH yang tahu. Berpantang di rumah mak pulak. Tak ada tandas duduk! Dari pagi sampai ke malam saya tak berjaya membuang.. menangis, meraung dalam toilet. (Tapi control lg raungan tu).
Magrib tu saya ke rumah mak sedara. (Tumpang tandas duduknya) masih tak berjaya..saya jadi takut sgt2.
Malam saya telan ostematrix awl2.. esok pagi bangun perut dh merengat. Bergegas ke tandas dan alhamdulillah semuanya selesai..sakit tak trkira..tahan sakit 3 hari.
Start dari hari tu memang saya takut sgt kalau tak amik ostematrix. Suami pulak jdi reminder.
Kepada ibu berpantang atau sesiapa saja yang ada masalah sukar membuang @ sering sembelit saya suggest ambil OSTEMATRIX insyaallah masalah sembelit selesai.
Juliya  0192648694
Shaklee Independent Distributor

Friday 6 June 2014

Ostematrix memudahkan proses pembuangan?

As salam dan selamat pagi.

Masalah "membuang" ni memang kes berat kepada saya. Saya adalah seorang yang memang susah nk membuang air besar. 2-3 hari sekali barulah membuang. Huh sangat menyeksakan. Bayangkan perut kita tak selesa dan rasa buncit bila tak membuang.

            Sukar membuang

Masalah lain pulak bagi ayah saya. Sejak ayah meningkat usia ni, ayah selalu menghabiskan masa yang lama di dalam tandas.. bila kami tanya, ayah cakap dia rasa sakit perut nak membuang tetapi "hajat" dia susah dilepaskan dan membuatkan ayah akan duduk lama dalam tandas. Sampaikan kakinya kebas.

            Pengalaman pertama ayah

Baru - baru ni ayah mengadu dia sakit pinggang dan lutut.. dia tanya saya apa supplement yang sesuai dengan dia. Saya beri ayah sebotol OSTEMATRIX. Ayah hanya perlu ambil 4caplet sebelum tidur, kata saya.

Setelah 4 hari consume OSTEMATRIX, ayah datang kepada saya dan ceritakan pengalaman dia..
"Ju, ayah dh tak payah duduk lama-lama dalam tandas. Vitamin yang awak bagi tu memudahkan ayah membuang dan sangat melawas!. Perut pun jadi selesa. Kaki pun dh tak kebas duk lama dalam tandas".

           Ostematrix gantikan susu

Kepada yang sukar nak minum susu macam mak mertua saya, bolehlah gantikan dengan ostematrix.. hanya 4 caplet sebelum tidur, badan anda sudah dilengkapi dengan kalsium yang mencukupi, insyaallah.

Ok jumpa lagi di next entry

JULIYA  0192648694

Monday 2 June 2014

Cara mudah mendapat rezki

Assalamualaikum..

Manisnya bila dapat brkongsi segala - galanya dengan yang tersayang..mak, ayah,suami, anak-anak, adik beradik @ pun rakan -rakan. Ada satu kepuasan bila kita kongsi apa yabg kita ada.

     Kongsi ilmu

Ilmu ni bila dikongsi akan jadi bertambah kukuh dalam diri kita dan berkembang biak..bukan nya ilmu akan hilang!. Jangan lah jadi kedekut ilmu!!. Apa yg kita tau kita kongsi kan kepada yang memerlukan. Sebagai seorang guru pemulihan khas, ilmu yang saya ada sangat perlu dikongsi bersama anak-anak didik, rakan - rakan guru dan juga ibu bapa.

Ibu bapa kebanyakannya kurang ilmu tentang permasalahan anak - anak lemah ini.. contohnya mcm mana nk tackle anak - anak di rumah supaya lebih fokus dan lebih minat kepada pelajaran.. perbincangan kerap dengan  ibu bapa merupakan satu jalan perkongsian ilmu yg saya dapat salurkn kepada ibu bapa.

       Kongsi rezeki

Perkara ni yang sering menjadi permasalahan kepada ramai orang. Bila cakap pasal rezeki semuanya terfokus kepada wang saja.

Sebenarnya rezki didatangkn kepada kita dalam pelbagai bentuk antaranya wang ringgit, kebahagiaan keluarga, sentiasa rasa senang hati, disayangi orang keliling dan sentiasa dipermudahkn dalam banyak hal. Ucaplah ALHAMDULILLAH jika kita tergolong dalam golongan orang di atas.

Pagi ni saya berkongsi rezki dengan ayah saya. ayah datang dan bertanya..
Ayah: ju, ayah sekarang selalu sakit pinggang hingga ke lutut. Vitamin apa ayah nk makan"? Hehe sekarang ni ayah selalu rujuk dengan saya bab-bab vitamin ni.

Saya: Ayah cuba je OSTEMATRIX.. ni adalah kalsium. Cuba dulu sebotol ni.

Ayah: Ni rm berapa??

Saya: saya present kt ayah.

Ayah: Tak boleh la macam tu, selalu sangat bagi vitamin free.

Saya: Ayah, buat masa ni rezki saya tak pernah kurang pun.. insyaallah luas lg rezki sy jika saya tak berkira dengan ayah. Ayah doakn je rezki saya makin murah.

Saya memang jarang memberi wang ringgit kepada mak dan ayah sebab saya tahu mereka selalu menolak. Jadi saya gantikan dengan yang lain.. sebagai contoh berikan pakaian baru untuk mak ayah, berikan vitamin untuk keperluan mereka, bawa mereka jalan - jalan. Itu pun dah buat mereka happy.

Jadi, macam - macam cara kita boleh buat untuk gembirakan hati orang yang kita sayang asalkan kita buang jauh - jauh sifat kedekut dan berkira. Jika kita mudah memberi, Allah juga lagi Maha Pemurah. Rasanya sangat manis bila kita dapat kongsi dan gembirakan orang yang tersayang.

Monday 19 May 2014

Almond crunchy memang gila!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat menyiapkan oder almond crunchy yg tgh famous sekarang ni.. ternyata memang menyelerakan dan memang susah nk berenti bila dh start makan ni..

Ternyata encik suami juga sangat2 suka! Melekakan sambil tengok tv tu boleh abes berbekas - bekas!

Kepada peminat kacang memang sesuai lah dengan citarasa u ols..saya gunakan 5 jenis kacang yang dibakar terlebih dahulu untuk memastikan ianya crunchy.

Okey ni adalah projek kuih raya untuk tahun ni.

Pada yang berminat bole hubungi saya

Juliya  0192648694 / 0192679694
Fb : Juliya Baharom
Fb page : My Supplement Closet

Monday 12 May 2014

Kenapa join shaklee???

Assalamualaikum..

Ramai yg bertanya kenapa pilih shaklee sbg bisnes sampingan sedangkan sy dh ada bisnes sendiri iaitu butik pengantin????

Saya senyum je nk jawab nya.. shaklee bisnes plan nya mudah sangat!
★ tidak membebankn ahlinya dengan yuran keahlian yang tinggi! Hanya rm65 seumur hidup!
★ Dah tentulah bila jadi ahli kita akan dpt potongan harga bila beli sebarang produk shaklee dan ianya memang berbaloi dengan hanya rm65!
★ Bisnes ni kita boleh warisi kepada anak2 dan waris kita andai trjadi apa2 pada kita.. jika setiap bulan kita dapat bonus yg company bagi, nonus tu akan kekal diberikan setiap bulan
MENGEJAR 3C! Apa tu 3C?? CASH BONUS!!
setiap bulan saya layak dapat cash bonus hasil usaha yg saya telah buat sebulan tu. Sekarang dh merasa 4 angka insyaallah kita kejar pulak 5angka!
CAR BONUS!!
setelah naik rank sebagai superviaor pada bulan Januari 2014, peluang mendapat CAR BONUS dh mula terbuka dpn mata. Dengan point yg telah ditetapkan jika dapat sy kumpul, sy akan dapat CAR BONUS.
CONFERENCE BONUS!!
Yang ni pun menarik! Berpeluang berjalan ke dalam @ luar negara dengan point yg berjaya dikumpul memang rasa sangat2 berbaloi kan! tahun ni berpeluang berjalan ke ITALY jika capai target yg ditetapkan.
Dapat tambah macam2 ilmu dalam shaklee ni. Leader2 yg dh berjaya dengan bonus 5,6 angka setiap bulan memang tak lokek ilmu. Rajin buat kelas blog, marketing strategy melalui online @ offline! Kongsi pengalaman mereka, beri semangat! Apa lg yang kita kejar?? Semua bantuan untuk berjaya ada depan mata! Kelas blog pun mereka adakan untuk ahli2 shaklee yang berminat.
Hubungan kekeluargaan yg utuh!
yang ni pun saya suka! Dalam shaklee ni rasa macam dalam sebuah keluarga besar yg caring each other. Buat kelas sambil makan2, boleh bawak anak n suami, buat family day.memang rasa hebat sangat bila dikelilingi orang hebat kan!
★ TAK SEPERTI MLM!
Rasanya tak nak sebut MLM sebab serik tapi untuk perkongsian bersama saya ceritakan juga. Sebelum ni banyak MLM yg saya dh terjebak. Kena keluarkn modal beribu dan sy pernah laburkan 50k! Mulanya memang seronok sb setiap bulan yang pasti memang dapat 3-4k tanpa buat apa2. Bila dapat cari dowline bonusnya berganda2. Saya pernah dapat 40k, 30k, 11k. Tapi semuanya bersifat sementara dan berisiko!. Setelah 2 tahun dengan MLM tu, semuanya terkubur dan hilang macam tu saja.memang terduduk saya dibuatnya. But life must go on!. Sy join shaklee dan ianya tak sama langsung dengan MLM haram jadah tu. Kami bersaing secara bebas. Jika sy kurang usaha, kurang lah hasilnya.  Jika downline saya lebih efektif, dia boleh melangkaui saya. Tetepi dalam MLM tidak! Harus ikut turutan.yg diatas akan terus menuju ke atas walaupun kurang efektif walaupun dowline saya yang efektif. Shaklee sangat adil dan saksama.

Ok setakat ni dulu perkongsian tentang hebatnya join shaklee.. tak rugi satu sen pun! Untung lagi adalah.

Pada yang ingin mengenali shaklee dengan lebih dekat lagi, boleh hubungi saya, kita boleh berkongsi cerita insyaallah!.

Juliya  0192648694 (whatapps/sms/call)
Fb page : My Supplement Closet
Email     : juliyabaharom@gmail.com

Saturday 10 May 2014

Mealshake penambah selera

Mealshake adalah antara produk shaklee terawal yg saya gunakan untuk ank saya. Bila saya baca di blog2 ramai yang suggest mealshake sebagai penambah selera ank, saya pun trpanggil nk mencuba.

Berat badan aaira di usia 2tahun setengah hanyalah 11kg tak turun dan tak naik sehingga lah dia stop menyusu badan di usia 2y11m. Risau sangat sb ank2 kwn yg sebaya dengan dia dh ada yg cecah 15kg!.. bila dh wean off aaira lagilah tak ada selera mkn langsung. Saya pun cuba beri mealshake.hanya sesudu kecil selang sehari sy tambah dalam minuman harian aaira. Aaira memang tak bole terima susu formula.. kawan suggest dugro buah - buahan.sy pun beli dan bancuh bersama mealshake.. masuk hari ketiga, dia yg minta 'susu shaklee mommy' katanya.

Saya pun teruskan dengan tin kedua dan ketiga.. Aaira dh boleh terima susu dugro dan sekarang dia suka saya bancuh mealshake dan makan dengan coco crunch..selepas tin pertama habis, berat badan aaira dh cecah 12.5kg. Walaupun hanya 1.5kg tapi sy bersyukur sangat sebab dia sihat dan jarang sakit.

Untuk ibu-ibu di luar sana yg alami masalah yg sama dengan saya, boleh cuba dapatkn mealshake untuk anak-anak anda. Tak rugi sebab harganya sangat berpatutan dan boleh diambil oleh seisi keluarga.

Jika ingin latih anak berpuasa, mealshake juga sangat membantu dalam memberi tenaga tambahan. Selain itu juga ianya membantu atasi masalah
* sembelit
* kelesuan
* kekurangan kalsium
* kurang bertenaga
* tiada selera makan
* anak yg memilih makanan

Ini kerana mealshake mengandungi 24 vitamin penting yang diperlukan badan untuk proses pembesaran.

Jika berminat, boleh hubungi saya di talian yang tertera.

Juliya  0192648694 / 0192678694
Fb Page : My Supplement Closet

Friday 7 March 2014

ESP shaklee Hebat!

Pada awal tahun 70-an, Dr. Shaklee membuktikan protien soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. ESP diiktiraf mempunyai kualiti protien yang tinggi pernah dihasilkan. Shaklee menggunakan kacang soya yang mengandungi "non GMO " ( non genetically modified organism) yang mana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah.1tin ESP ( 850gm) terhasil daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga yang tahan lama.

So untuk kita2 yg suka makan,mudah rasa lapar tpi teringin sangat nk turunkn berat badan tapi masalahnya susah!.. bkn semua benda dalam hidup kita ni akan jadi mudah semudah ABC. 
APA ESP BOLEH BERI???
-9 asid amino penting yang badan kita tak dapat hasilkan
-5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur..TUA DAN MUDA!
-kandungan Indeks Glisemik  (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikn ianya sesuai untuk penghidap kencing manis!

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Sedikit perkongsian tentang bacaan Indeks Glisemik yg kita perlu tahu.

-bacaan G.I  tinggi adalah 70 &  keatas
-bacaan G.I sederhana adalah 56 ke 69
-bacaan G.I rendah adalah 55 ke bawah

* karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai G.I yang tinggi manakala karbohidrat yang G.I nya rendah memecah gula dengan perlahan dan membebaskn glukos dalam sistem badan kita. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah penting dalam pengurangan berat badan dab penjagaan kesihatan dalam jangka masa yang lama

MANFAAT ESP??
- Awet muda..asid amino bantu bina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit ,gland dn lain-lain.
- Baik untuk hormon dimana soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones.ianya bantu rendahkan kolestrol, cegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
- Baik untuk prostat. Genistein yg terkandung dalam kacang soya bantu sel kanser merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia menukar sel DNA kepada sel kanser. Ia juga baik untuk memulihkan uterus, ovari,menopaus dan pembesaran prostat.
- Kulit remaja. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, kurangkan kedutan,agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, cepatkan kesembuhan kulit dan kurangkanbkesan parut.
- Pembekal tenaga. Membekalkan tenaga segera dan tingkatkn sistem imun, mencegajh migrain, imsomnia dan tekanan.
- Memperbaiki pigmentasi. Baiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, kedutan dan kesan tua.
- Membaiki memori. Meningkatkan kualiti memori , vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Dengan pelbagai manfaat yg ESP bekalkan, ESP didatangkan dalam pelbagai set kesihatan.. Antaranya;

♥ set kurus
♥set immune booster
♥ set milk booster
♥ set berpantang
♥ set rambut dan kulit kepala sihat
♥ set kulit jerawat
♥ set kulit cantik
♥ set kesuburan
♥ set kanser dan tumor

Rekomendasi :
2-3 kali sehari , 2 sudu besar (semasa perut kosong)

Jika berminat dengan set kesihatan shaklee boleh hubungi saya.

Juliya  0192648694

Zairi    0192678694

Fb fanpage: My Supplement Closet

Tuesday 18 February 2014

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Bagi mereka - mereka yang tercari - cari Pengedar Shaklee di sekitar Bentong, Pahang dan juga seluruh Malaysia bolehlah berhubung dengan saya melalui:

Telefon (wassup/call/sms) : 0192648694  Juliya

                                        : 0192678694  Zairi

FB Fanpage                     : My Supplement Closet

FB Personal                     : Juliya Baharom

Email                               : juliya8322@gmail.com

Insyaallah pertanyaan anda akan dilayan sebaik dan semesra mungkin.



Monday 17 February 2014

Kanak - kanak hiperaktif.

Perkataan hiperaktif/ADHD dah selalu sangat sy dengar. Sebagai guru pemulihan khas yg sudah bertugas hampir 6 tahun, kanak-kanak hiperaktif ni selalu saya jumpa samada di kelas saya @ di kelas pendidikan khas. Murid istimewa ini biasanya akan menjadi 'client' saya. Tapi tahukah kita apa ciri2 murid istimewa ini? Selain guru, ibu bapa adalah individu terdekat yg boleh kenal pasti ciri2 murid ini.
Secara biologikal hiperaktif ini di takrifkan sebagai pengambilan gula berlebihan. Kanak2 lebih cenderung ke arah ini kerana mereka menggemari makanan yang rapuh,gula2,coklat dan sebagainya. Kadar gula berlebihan dari yang sepatutnya menyebabkan suhu badan kanak2 tersebut meningkat dan berlaku tekanan kepada perjalanan darah. Ini menyebankan kanak2 tersebut tidak dapat memberi tumpuan dan gagal fokus terhadap sesuatu perkara. Antara kesan perubahan kimia ini terhadap kanak2 tersebut adalah:
-badan kerap berpeluh
-mata terlalu cepat memfokus
-jari kaki dan tangan tangkas bergerak
-lutut meregang
Sememangnya gula penting untuk badan tetapi gula yang dimaksudkan adalah gula asli yang ada unsur glukosa yang boleh didapati dari sayuran, ubi kentang,ikan dan lain2.
Pengalaman mengajar murid istimewa ini membuatkan saya sudah faham akan ciri2 mereka.. Antara ciri- ciri murid istimewa ini adalah:
-tidak dapat memfokus terhadap pelajaran
-tidak menunjukkan berminat terhadap sesuatu perkara
-Murid ini terlalu agresif, tiada disiplin, mengganggu rakan lain
-tidak menyiapkan tugasan yang diberi
-kanak2 hiperaktif sekitar umur 2 tahun berpotensi meniru gaya dan perbuatan orang dewasa.
-kerap gerakkan kaki dan tangan
-kerap tinggalkan tempat duduk di dalam kelas
-banyak bercakap
Bagi kanak2 hiperaktif yang ada masalah tumpuan singkat:
-tidak teliti semasa membuat kerja sekolah dan lain2 aktiviti
-banyak helah
-pelupa
-sering hilang barang(alat tulis dll)
Bagi kanak2 hiperaktif yang bersifat tingkah laku impulsif pula:
-sering menjawab sebelum soalan selesai diajukan
-tidak sabar
-suka menyampuk
-sering mengalami kemalangan akibat kecuaian
Saya saranakan agar ibu bapa berikan supplement yang bersesuian untuk kanak2 istimewa ini. Antaranya adalah Omega Guard yang kaya dengan DHA, EPA, ALA. Komponen ini penting untuk perkembangan otak kanak2. Omega guard juga mampu bantu proses pengurusan berat badan dimana kita sedia maklum,jika gula berlebihan akan mengakibatkan obesiti.
Kepada pembaca2 yang inginkan maklumat lanjut berkenaan murid hiperaktif ini,boleh hubungi saya..insyaallah saya sudi berkongsi pengalaman. Dan jika inginkan maklumat lanjut berkenaan produk Omega Guard Shaklee ini juga saya sudi membantu.
Juliya  0192648694 wassup/sms
Shaklee Independent Distributor
Id: 973463
Fb Fanpage: My Supplement Closet
Fb Personal: Juliya Baharom

HERBLAX KEMPISKAN PERUT?

HERB-LAX KEMPISKAN PERUT???
Herblax ni merupakan salah satu produk shaklee  untuk proses detoks dan slim. Herblax ni most wanted hinggakan stok nya lama tak de di Shaklee Malaysia..dan bila dia dh muncul, semua gila memborong. Kalau produk tak berkesan,macam mana stok boleh licin berbulan-bulan kan?? Ermmm kalau tak berkesan confirmlah produk tu tak laku kan? Yang tu pikirlah sendiri.
Herblax terdiri daripada 9 jenis herba semulajadi iaitu:

1) Alfalfa leaves berfungsi membersihkan usus,darah duan hati
2) Senna leaves merangsang tindakanm pembersihan yg lembut pd usus dan perut,percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
3) Buckhorn Bark melembutkan najis utk memudahkan pergerajan dan memberi kelembapan kpd usus.
4) Licorice Root membantu proses detoksifikasi
5) Fennel Seeds mengeluarkan toksin yg trkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut@usus.
6) Anise Seeds merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
7) Rhubarb Root herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina utk digunakan sebagai antibiotik
8) Blue Malva Flower membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
9) Culver's Root membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
Nampak tak yg Herblax ni sgt close tu nature..moh kita jenguk apa kebaikannya
1) pembersihan najis yg trsekat
2) merangsang usus utk percepatkan proses pembersihan
3) membantu masalah sembelit
4) tindakan pembersihannya yang lembut bantu mengembalikan proses semulajadi usus
4) MENGEMPISKAN PERUT!
5) bantu dalam mengurangkan @ memberi kepejalan pada perut.

Aturan makan
1) untuk kesihatan berpanjangan - ambil 2 kali seminggu 4 biji setiap kalu sebelum tidur
2) untuk pembersihan usus/detoks/lawan kanser/kawal berat badan -
2 kali sehari 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)

Perhatian!
- bagi yang ada masalah sistem penghadaman akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan.
- bagi yang tiada masalah, kesan boleh dilihat seawal 8-12jam selepas pengambilan.
- bagi yang ada masalah sembelit yang serius, boleh tingkatkan pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa selepas proses penghadaman kembali normal.
 
Bagi yang berminat atau tercari solusi kepada masalah penghadaman atau perut buncit boleh cuba Herblax atau cuba set seperti dalam gambar.
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Insyaallah layanan mesra akan diberi.
Juliya  0192648694
Zairi    0192678694
Fb fanpage : My Supplement Closet
Fb personal: Juliya Baharom
Email    : juliya8322@gmail.com

Thursday 13 February 2014

KANAK - KANAK ISTIMEWA

Profesion pendidik tak pernah terlintas dalam fikiran saya. Bila Allah buka rezki saya sebagai pendidik, ini menjadi cabaran besar buat saya."Okey, mengajar jelah macam cikgu - cikgu aku mengajar aku dulu". Tu jelah yang aku fikirkan. 2008 adalah tahun aku posting di SK Sulaiman Bentong.Mengajar lah kelas pemulihan khas (dah itu memang opsyen masa di maktab). Jumlah murid memang lah sikit berbanding kelas aliran perdana tetapi........

Aras murid di kelas pemulihan adalah jauh berbatu-batu lebih rendah dari murid di aliran perdana. Yelah murid di kelas pemulihan khas ni lemah dan tercicir dalam subjek bahasa melayu dan matematik. silibus nya pulak memang berbeza dr kelas aliran perdana. bayangkan murid darjah 3 masih ada yang tak kenal huruf dan tak kenal nombor...Huh memang kena sabar 200% jadi guru pemulihan khas ni. Setiap tahun mesti ada menerima murid Orang Asli. Huh, ni lagi lah menguji kesabaran saya. Tahun pertama dan kedua memang agak tertekan dan mencabar bagi saya..Yelah ni pengalaman pertama berdepan dengan murid mcm ni. Alhamdulillah kini saya dh bergelar guru pemulihan khas hampir 6 tahun dan saya mula rasa enjoy dengan tugas saya ni..

Apa yang dapat menggembirakan saya adalah apabila anak murid saya yg dh bertahun tak boleh membaca kini dah boleh membaca ayat - ayat mudah, menulis dan mengeja dengan betul...dh mampu membilang dengan laju, boleh menambah, menolak dengan betul. Itu je yang boleh happy kan kita sebagai pendidik. Jadi pendidik ni bukan saja masa dan tenaga kena korbankan tapi juga duit kita.. kita lah yg keluarafkan duit sendiri beli barang kelas, hias kelas, beli brg2 buat ABM (alat bantu mengajar).. tapi semuanya tu terbalas bila apa yg kita ajar murid dapat serap... dah tak pikir dah berabis masa, duit dll

So kepada ibu bapa, kenali anak anda..asuh dan ajarlah mereka dari kecil kerana pendidikan bermula dari rumah..masa murid di sekolah hanya 6 - 7 jam sehari sedangkan selebihnya adalah di rumah bersama ibu bapa.

SAYA HAPPY MENJADI PENDIDIK